Khamis, 11 Mac 2010


oh, alangkah indah hidup ini

bila Islam bersinar kembali

cahaya Iman menyuluh tiap sanubari

kebenaran mewarnai bumi


kalam Allah memimpin manusia

sunnah Rasul memandu langkahnya

isi alam mendapat rahmat dan berkatnya

kebatilan tiada tempatnya


telah lama dinantikan

bara Islam marak semula

manusia kegelapan

merindukan cahaya pembela


pasti datang saat itu

janji Tuhan pasti berlaku

didunia bahagia

syurga Tuhan kekal selamanya


pada Tuhan

doa dan harapan

daulah Islam seluruh dunia

selamatkan kami umat di akhir zaman

dengan Iman yang terpelihara


terngiang2 dendangan nasyid dari shoutul amal ini..mse di Irsyad, famous kot nasyid nie. aku, balqis n mashi berlumba2 nk pg tgk shoutul amal mse diorg dtg kt dewan sg.isap..huhu..drjh 5 ke 6..xpasti..hmm..apepun, bait2 lagu ini sgt menyentuh jiwaku. setiap kali mendengar rangkap 2 yg akhir tu, pasti satu perasaan yg ssh digambarkan akn menyelinap di hati..setiap bait nasyid ni mengambarkn keadaan kegawatan ummah didunia, manusia yg dahaga nikmat Islam dan Iman, yakni nikmat yg paling besar bg seorang muslim sebenarnya..moga2 nikmat Islam dan Iman yg kita miliki akn terus berkekalan hingga tiada akhirnya..amiinn..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan